Thursday, 21 July 2011

Come As You Are, Cover Version By Yuna

Okay, might be a little late but I am posting this anyway, simply because I think this cover version is so awesome that I would like to do my part to spread it around.. So.. Enjoiceee :)


Tuesday, 24 May 2011

The Invigilator: Filem Pendek Yang Kreatif

Sempat merewang ke blog Zahiril Adzim.. Dia ada post satu filem pendek berjudul The Invigilator, karya Manesh Nesaratnam.. Ringkas tetapi kreatif.. Cerita pasal dua cikgu sekolah tinggi yang berbeza pendapat tentang cara mengajar, juga keluhan tentang kelemahan sistem pendidikan negara.. Dan Zahiril Adzim, tetap hot seperti selalu.. Cerita ni juga telah dipilih dan ditayangkan di Fukuoka International Film Festival, Raindance Film Festival, Australian Malaysian Film Festival, Short Shorts Film Festival & Asia Pacific, Dawnbreakers International Film Festival and London Asian Film Festival.. Hebat tak hebat la kan..

Mengikut kata Zahiril, dari mesej yang disampaikan daripada tuan director tersebut kepada Facebook Inbox beliau, filem itu dilepaskan untuk tayangan di atas talian kerana wanita yang menjadi inspirasi filem tersebut telah meninggal dunia akibat kanser.. RIP.. Mesej original seperti berikut:

Hey Bob,

I hope this finds you well and happy. :):)

Yesterday, the person who inspired me to make The Invigilator passed on. She was really a mountain of a person, bravely fighting stage 4 cancer for 5 years. It infected her entire body - brain, spine, liver, breasts - but fail to taint her spirit in the least.

In memory of Doreen, I feel that it is timely to release The Invigilator online. If you would like to tell your friends/fans about it (please help put it out there), please share with them this link - http://www.vimeo.com/13504950

Just so you know, it has traveled to film festivals in Japan, Australia, United Kingdom and the United States. :):) Enjoy brother and be well!

Warmest,
Manesh

So terimalah, The Invigilator..


The Invigilator from Sunny Stories on Vimeo.

Sumber: Blog Zahiril Adzim

Saturday, 14 May 2011

Catriona Ross Kemalangan Lagi, Kali Ini Dengan Anak


Catriona Ross dan anaknya ditimpa kemalangan semalam.. Dari laman twitternya iaitu @CatRania Catriona bagaimanapun bersyukur dia dan anaknya tak apa-apa.. Alhamdulillah.. Yelah bila melibatkan anak mestilah keselamatan anak yang diutamakan kan.. Diri sendiri tak penting sangat.. Selalunya naluri ibu memang macam tu.. Kecuali ibu ayamlah hehehe..







Untuk pengetahuan Rania tu nama anaknya ya.. Kot-kot adala yang tak dapat tangkap kan.. Katanya keretanya dilanggar seorang wanita yang memandu laju.. Nasib baik masa tu dia slow.. Mungkin sebab tu tak teruk sangat..

Cat sebelum ni pun pernah kemalangan teruk pada tahun 2007 yang menyebabkan dia cedera parah dan keretanya remuk, camni:


Gambar Cat takyah tunjuklah ek.. Perkara yang lepas jangan dikenang.. Aku pon tak sanggup nak nengoknya.. Tapi aku kagumlah dengan tweet-tweet beliau yang nampak so positive, termasuk yang ni:


Untuk peringatan kita semua jugak :)

Sumber: BlogNiezamPhg, @CatRania

Eh Samalah: Nora Danish vs Atilia

Kali ni Eh Samalah mempertemukan dua artis tempatan yang comel, yaitu:

 Nora Danish Cover Bi Pop

vs

Atilia dalam Zizan Show


Okey mungkin tak sama keseluruhannya tapi sekali pandang macam sama kan.. Dah cuba cari gambar keseluruhan dua-dua tapi tak jumpa nak wat cane kan..

Tapi serius cakap, Nora Danish memang meletop lah ngan baju ni.. Tambah-tambah posing cam gitu.. Memang cair weh

Thursday, 5 May 2011

Remy Ishak Buat Hal: Wartawan Pulak Dibantai


Baru-baru ni timbul cerita pasal Remy Ishak buat hal.. Dalam ruangan Jeling Kak Pora dalam Bi Pop, sisipan Berita Minggu 1 Mei lalu, dia dikatakan besar kepala bila tak boleh bergurau, mengata wartawan yang menemubual tak buat kajian dan macam-macam lagilah.. Cerita penuh di sini.. Kat sini pun ada ya..

Tapi aku bukan nak bercakap pasal perangai Remy.. Aku tak kenal pun dia.. Jadi aku taktau perangai sebenarnya macamana.. Cumanya aku nak kongsi pendapat-pendapat orang ramai dalam forum Cari baru-baru yang memperkatakan tentang benda ni.. Ramai jugak yang membantai pulak wartawan tu.. Antaranya termasuklah:

chewan posted at 28-4-2011 16:13
kalo dh aju soalan bodo...sape pun bengang...jadi wartawan tue pndai2 la arrange soalan...buat research dulu...plg2 kurang pasal content interview

cikanggun posted at 28-4-2011 16:46
itu laaaa..... slalu jerk wartawan dok kondem retis x betul itu ini...
yg wartawan tu, buat keje betul2 laaa... nk intebiu org pon, buat laa research jgk....
bile org yg diintebiu melenting, mule laa nk sentap2 ala2 fonen...bosan btol!

haziaf posted at 28-4-2011 16:50
alahhh...biasa lah wartawan kat malaysia nihh..bila soalan yang ditanya tak berjawab.mula lah nak keluarkan cerita yang bukan2.kuasa pena kat tangan diorang.

memanglah dah tugas wartawan nak cari berita.korek itu korek ini.tapi kena fikirlah,artis pon manusia biasa jugak.tak payah lah nak cakap remy ishak sentap la hape.kalau wartawan tuh tak sentappp takdekk nyer nk kecoh2 keluarkan cerita2 macam nih..

pooodahhh :mad:

p/s:meluat dengan sikap wartawan,artis yang buat perangai tah pape (cth:khalwat,arak,sexy) disanjung.yang sentap sikit2,dah kena hentam

ainnia posted at 28-4-2011 17:53
sure wartawan yg mula2 carik pasal. bagi soalan bangang tahap gaban, mestila orang marah. balik2 tanya hub cinta dgn Tiz, x pun tnye watak sama jer, x boring ker? mau x boring nak menjawap. ntah2 sebelum tu dah jumpa wartawan pondan lain, soalan yg sama gak. agaknya la... wartawan hiburan kan spesis manusia lindungan kaabah, maksum
kalau pun agak kurang sopan si remy tu jawap, kenapa x direct tanye dia why remy???, ni mengumpat kat belakang canang 1 dunia. huh, bertingkat dosa.

Dan tak kurang pulak yang memberi pendapat yang bernas macam komen ni:

 
missmarvolo posted at 28-4-2011 16:50
die pun seorang manusia jugak. adakala tenteram dan adakala emosi tidak stabil. betul lah die cakap, die hanya seorang pelakon, bukannye kene jage hati sume org. wartawan bajet ni cakap mcm lah die bukan manusia jugak. ape, artis ni kene sentiasa bersedia plastik dan senyum menyeringai 24 jam especially depan wartawan yang tahapnya lebih lagi daripada dewa2 langit ketujuh. same goes dgn penilaian manusia2 yang lainnya. bila jumpa artis kat luar, kalo depa buat muke kelat atau bengang, cepat je label depa kekwat dsb. hey, wake up lah. they are just human beings like us. ada masa2 tertentu mereka juga tidak dapat menahan emosi dan kepenatan yang ada.

saya kira selagi remy belum kurang ajar menjerit, mencarut dan sebagainya pada wartawan, saya kira tidak adil untuk wartawan menulis sedemikian rupa. nilailah dia seperti manusia lain...

kepada wartawan2 sekalian, kamu bukanlah penentu rezeki kepada seseorang artis itu. jadi jangan bersikap superior dan mengharapkan artis itu gembira dan sentiasa perlu menjaga hati kamu sahaja. kamu juga seorang manusia, sekiranya emosi kamu juga tidak stabil, jangankan buat muka dan jawab acuh x acuh seperti remy, silap2 sesiapa yang lalu di depan kamu pun kene hamun dan makian daripada kamu.

sekian.


Bagi aku, tak wajar kalau wartawan gunakan kuasa dia untuk membantai sesiapa saja dalam terbitannya.. Yelah apa yang dia tulis tu berjuta-juta orang baca.. Puncanya sebab dia tak puas hati je ke atau kecik hati je ke.. Cam luahan perasaan la.. Aku rasa tak adil kepada orang yang ditulis.. Kat mana orang tu nak meluahkan isi hati dia pulak.. Lagipun aku rasa itu dah kira kes-kes peribadi tu..

Lagi satu, wartawan-wartawan hiburan sekarang ni ramai yang mintak disembah.. Kalau tak kenal pun marah, tak senyum pun marah.. Hape daa.. Aku tak membela golongan artis, tapi wartawan jugak tak perlu disembah.. Mungkin mereka berjasa menaikkan nama artis, tapi mereka dibayar gaji untuk artikel-artikel tu.. Bukannya kerja free-free. Cam aku ni ha memanglah kerja free-free je takde sapa pun nak bayar..

Eh teremosi pulak.. Hehehe..

Wednesday, 27 April 2011

Sazzy Falak Selamat Lahirkan Kembar



Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia Sazzy Falak dan Nazril Idrus yang dikurniakan sepasang cahaya mata pagi ini, yang diberi nama Iman Lilly dan Tiara Rose.. Kemain lagi kan nama.. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Nazril melalui akaun twitternya iaitu @Nash_IdrusLVG pagi tadi yang berbunyi:

AlHamdullilah TQ Allah for sending @SazzyFalakCLPT & I, Two Beautiful babies Iman Lilly & Tiara Rose, born 28th April 2011. Amin


 Lagi istimewa, hari ni jugak adalah hari lahir Nazril.. Happy birthday to you too bro..

Yang bestnya mestilah Sazzy sebab pasni majlis hari jadi boleh buat sekali je untuk tiga-tiga kan.. Tak payah susah-susah nak buat banyak-banyak majlis setahun hehehe..

Apapun, selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa.. Semoga semuanya berjalan lancar :)

Sumber gambar: Limau Ais

Konsert Percuma Super Junior M di Putrajaya 28 Mei


Super Junior M, sub unit kepada Super Junior, boy band dari Korea yang amatlah terkenalnya akan diterbangkan khas ke Malaysia untuk membuat konsert percuma di Putrajaya 28 Mei nanti.. Percuma tahu? Percuma.. Tak perlu mengeluarkan wang pun.. Tapi untuk tambang bas mahupun teksi atau duit minyak tanggung sendirilah ye..

Konsert itu adalah sebahagian daripada program-program sempena Himpunan Sejuta Belia 27-29 Mei ini di Putrajaya.. Selain konsert ada macam-macam lagi program termasuklah Karnival Jom Heboh, Clash of the Band dan hiburan daripada penyanyi-penyanyi tempatan termasuklah Mila, Rabbani dan macam-macam lagilah..

Sementara menunggu kedatangan Super Junior M ni, apa kata korang layan video ni dulu.. Selamat berhibur :B