Baru-baru ni timbul cerita pasal Remy Ishak buat hal.. Dalam ruangan Jeling Kak Pora dalam Bi Pop, sisipan Berita Minggu 1 Mei lalu, dia dikatakan besar kepala bila tak boleh bergurau, mengata wartawan yang menemubual tak buat kajian dan macam-macam lagilah.. Cerita penuh di sini.. Kat sini pun ada ya..
Tapi aku bukan nak bercakap pasal perangai Remy.. Aku tak kenal pun dia.. Jadi aku taktau perangai sebenarnya macamana.. Cumanya aku nak kongsi pendapat-pendapat orang ramai dalam forum Cari baru-baru yang memperkatakan tentang benda ni.. Ramai jugak yang membantai pulak wartawan tu.. Antaranya termasuklah:
kalo dh aju soalan bodo...sape pun bengang...jadi wartawan tue pndai2 la arrange soalan...buat research dulu...plg2 kurang pasal content interview
itu laaaa..... slalu jerk wartawan dok kondem retis x betul itu ini...
yg wartawan tu, buat keje betul2 laaa... nk intebiu org pon, buat laa research jgk....
bile org yg diintebiu melenting, mule laa nk sentap2 ala2 fonen...bosan btol!
yg wartawan tu, buat keje betul2 laaa... nk intebiu org pon, buat laa research jgk....
bile org yg diintebiu melenting, mule laa nk sentap2 ala2 fonen...bosan btol!
alahhh...biasa lah wartawan kat malaysia nihh..bila soalan yang ditanya tak berjawab.mula lah nak keluarkan cerita yang bukan2.kuasa pena kat tangan diorang.
memanglah dah tugas wartawan nak cari berita.korek itu korek ini.tapi kena fikirlah,artis pon manusia biasa jugak.tak payah lah nak cakap remy ishak sentap la hape.kalau wartawan tuh tak sentappp takdekk nyer nk kecoh2 keluarkan cerita2 macam nih..
pooodahhh :mad:
p/s:meluat dengan sikap wartawan,artis yang buat perangai tah pape (cth:khalwat,arak,sexy) disanjung.yang sentap sikit2,dah kena hentam
memanglah dah tugas wartawan nak cari berita.korek itu korek ini.tapi kena fikirlah,artis pon manusia biasa jugak.tak payah lah nak cakap remy ishak sentap la hape.kalau wartawan tuh tak sentappp takdekk nyer nk kecoh2 keluarkan cerita2 macam nih..
pooodahhh :mad:
p/s:meluat dengan sikap wartawan,artis yang buat perangai tah pape (cth:khalwat,arak,sexy) disanjung.yang sentap sikit2,dah kena hentam
sure wartawan yg mula2 carik pasal. bagi soalan bangang tahap gaban, mestila orang marah. balik2 tanya hub cinta dgn Tiz, x pun tnye watak sama jer, x boring ker? mau x boring nak menjawap. ntah2 sebelum tu dah jumpa wartawan pondan lain, soalan yg sama gak. agaknya la... wartawan hiburan kan spesis manusia lindungan kaabah, maksum
kalau pun agak kurang sopan si remy tu jawap, kenapa x direct tanye dia why remy???, ni mengumpat kat belakang canang 1 dunia. huh, bertingkat dosa.
Dan tak kurang pulak yang memberi pendapat yang bernas macam komen ni:
die pun seorang manusia jugak. adakala tenteram dan adakala emosi tidak stabil. betul lah die cakap, die hanya seorang pelakon, bukannye kene jage hati sume org. wartawan bajet ni cakap mcm lah die bukan manusia jugak. ape, artis ni kene sentiasa bersedia plastik dan senyum menyeringai 24 jam especially depan wartawan yang tahapnya lebih lagi daripada dewa2 langit ketujuh. same goes dgn penilaian manusia2 yang lainnya. bila jumpa artis kat luar, kalo depa buat muke kelat atau bengang, cepat je label depa kekwat dsb. hey, wake up lah. they are just human beings like us. ada masa2 tertentu mereka juga tidak dapat menahan emosi dan kepenatan yang ada.
saya kira selagi remy belum kurang ajar menjerit, mencarut dan sebagainya pada wartawan, saya kira tidak adil untuk wartawan menulis sedemikian rupa. nilailah dia seperti manusia lain...
kepada wartawan2 sekalian, kamu bukanlah penentu rezeki kepada seseorang artis itu. jadi jangan bersikap superior dan mengharapkan artis itu gembira dan sentiasa perlu menjaga hati kamu sahaja. kamu juga seorang manusia, sekiranya emosi kamu juga tidak stabil, jangankan buat muka dan jawab acuh x acuh seperti remy, silap2 sesiapa yang lalu di depan kamu pun kene hamun dan makian daripada kamu.
sekian.
Bagi aku, tak wajar kalau wartawan gunakan kuasa dia untuk membantai sesiapa saja dalam terbitannya.. Yelah apa yang dia tulis tu berjuta-juta orang baca.. Puncanya sebab dia tak puas hati je ke atau kecik hati je ke.. Cam luahan perasaan la.. Aku rasa tak adil kepada orang yang ditulis.. Kat mana orang tu nak meluahkan isi hati dia pulak.. Lagipun aku rasa itu dah kira kes-kes peribadi tu..
Lagi satu, wartawan-wartawan hiburan sekarang ni ramai yang mintak disembah.. Kalau tak kenal pun marah, tak senyum pun marah.. Hape daa.. Aku tak membela golongan artis, tapi wartawan jugak tak perlu disembah.. Mungkin mereka berjasa menaikkan nama artis, tapi mereka dibayar gaji untuk artikel-artikel tu.. Bukannya kerja free-free. Cam aku ni ha memanglah kerja free-free je takde sapa pun nak bayar..
Eh teremosi pulak.. Hehehe..
No comments:
Post a Comment