Thursday, 24 February 2011

Paula Malai Ali Selamat Lahirkan Anak Lelaki




Tahniah aku ucapkan pada pengacara TV Paula Malai Ali yang hari ini selamat melahirkan anak lelaki.. Dalam penat-penat meneran sempat juga beliau mengepos status beliau di laman sosial Twitter milik beliau sebentar tadi.




Tak guna epidural pon, memang salute ah.. Setahu aku, ini adalah anak beliau dengan pasangannya produser TV yang berpangkalan di Los Angeles.. Nampaknya beliau yang merupakan hos ESPN Star Sports TV dan bekas VJ Channel V nampaknya kena bercuti daripada mengacara seketika untuk tumpukan perhatian kepada kehidupan post-natal itu.. Apapun, tahniah!

Zizan, Shiera, Kak Engku Pengacara ABPBH


Okey story pasal Zizan Raja Lawak lagi.. Zizan hari ini diumumkan sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, April nanti, bergandingan dengan Sharifah Shahira (Shiera) dan Raja Azura (Kak Engku). Selain itu, Zizan juga dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular, sama juga dengan Shiera dan Kak Engku yang tercalon dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.


Berikut adalah reaksi Zizan melalui laman Twitter beliau:

@zizanrajalawak: Syukur di atas rezki ini.trima kasih @abpbh coz brikan pluang sbgai pengacra abpbh..sgat2 trima kasih..trima kasih penyokong2 ku..

Tahun ni trofi ABPBH juga berubah kepada trofi baru yang 100 peratus pewter iaitu seperti gambar di bawah:



Sama-samalah kita nantikan keputusan Bintang Paling Popular ABPBH nanti ya..

Wednesday, 23 February 2011

Selepas Pelawak, Pelakon, Pengacara, Kini Zizan Juga Penyanyi

Nampaknya rezeki Zizan Raja Lawak ni makin murah dalam bidang seni.. Walaupun tak menang Raja Lawak musim pertama dan kalah di tangan Yus yang pada aku takdelah lawak mana pun, bakat dia dalam bidang seni memang menyerlah.. Lepas tawaran demi tawaran untuk melawak, berlakon dan pengacara, semalam Zizan jugak diumumkan sebagai pengacara rancangan Melodi di TV3 mulai April nanti.. Beliau akan bergandingan dengan Dira Abu  Zahar bagi menggantikan Wahid dan Fara Fauzana..


Baguslah Melodi ada pengacara baru.. Melodi sekarang pun dah suam-suam kuku.. Macam dah takde apa yang panas.. Asyik-asyik follow up gosip kat internet je.. Sejak dah ada blog dan web hiburan Melodi makin jauh ketinggalan.. Padahal dulu kira dialah otai dunia hiburan.. Mungkin sebab dunia maya ada kelebihan sebab boleh diupdate hari-hari, atau dunia maya ada lebih banyak respon sebab pembaca boleh komen directly, atau mungkin juga sebab wartawan Melodi yang syok sendiri asyik-asyik tayang muka sendiri membuatkan orang menyampah nak tengok Melodi lagi.. Jadi perubahan pengacara ni mungkin dapat menarik minat orang ramai tengok Melodi balik, sebab Zizan ni kan memang kelakar gila.. Kalau dia sebagai pengacara apapun memang berjaya ah.. Bakat semulajadi..


Zizan ni sekarang pun dah bergelar penyanyi.. Atau gelaran yang lebih tepat lagi adalah rapper.. Featuring Dina, lagunya bertajuk Selamat Tinggal.. Nak dengar lagu beliau? Sila klik butang play video di bawah, yang jugak merupakan di sebalik tabir penggambaran klip video sebenar lagu ni.. Enjoice


Tuesday, 22 February 2011

Azizah Mahzan Nak Berhenti Berlakon, Kecewa Dengan Skrip Spa Qistina



Selain Ogy Ahmad Daud, Azizah Mahzan adalah antara pelakon otai yang aku kagum yang selalu berjaya membawa apa saja watak dengan berkesan. Jadi apabila terbaca di mStar yang beliau kecewa dengan skrip drama terakhirnya Spa Qistina sampai menyebabkan beliau nak berhenti berlakon, aku sedikit terkesima.

Katanya, dia kecewa bukan saja kerana skrip drama itu tak berkualiti, tapi juga mempunyai sedikit kecacatan dari segi kesinambungan atau continuity, menampakkan beliau macam pelakon tak profesional.

“Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia. Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidak perasaan hal itu,” katanya. 

Aku simpati pada beliau, sebab tak ramai pelakon di Malaysia ni boleh berlakon dengan baik seperti beliau, dan apabila ada pelakon yang baik, skrip pulak tak menepati kriteria. 

Drama Spa Qistina terbitan Global Station Sdn Bhd milik Datin Zaiton Mohamad Jiwa iaitu kakak ipar Datuk Siti Nurhaliza ni ditayangkan di saluran Astro Tayangan Hebat 5 April tahun lalu tapi sekarang disiarkan juga di Astro Prima kalau tak salah. Ia merupakan kesinambungan daripada drama Spa Q yang disiarkan di TV3 sebelum itu.

Memang banyak kontroversi drama ni dari sebelum mula penggambaran lagi, termasuklah pengguguran Norish Karman yang memegang watak Qistina dalam musim sebelum itu dan digantikan dengan Nanu Baharuddin.

Lepas tu, salah seorang pelakon Nora Danish pula menarik diri disebabkan 'perang dingin' dengan Fasha Sandha yang turut berlakon dalam drama sama, dan kemudian Ady Putra juga mengambil langkah sama.

Ada jugak masalah teknikal dari segi kualiti gambar yang menyebabkan beberapa babak perlu dirakam semula, dan kesemua masalah-masalah itu menyebabkan tempoh penggambaran yang dijadual selama dua bulan berlarutan sehingga lima bulan.

Selain Nanu dan Fasha, drama ini turut dibintangi oleh Ijoy, Jasmin Hamid, Azizah Mahzan, Tiz Zaqyah, Faradhiya, Zaris Nelydia, Fazren Dafi dan Keifli AF.

Monday, 21 February 2011

Justin Bieber Potong Rambut

Sebelum

Selepas

Rambut dia ni dah jadi macam trademark, idola pada orang yang suka dia dan modal kutukan pada orang yang tak suka.. Jadi sekali dia potong rambut mestilah jadi news kan.. Silap-silap boleh keluar CNN ni hahaha..

Jujurnya, aku tak peduli macamanapun rambut dia ;p

Kembar Siang di Pawagam 24 Feb


 
Filem pertama Kamal Adli berpasangan dengan Intan Ladyana, Kembar Siang akan menemui penonton mulai Khamis, 24 Feb ini. Ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang kehidupan sepasang kembar seiras, Awal yang normal dan Awi yang sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Awal pulak ada gelfren nama Ani tapi lepas diperkenalkan pada Awi si Awi pulak sudah jatuh hati sama Ani . Awal jadi serba salah dan cuba pujuk Ani kahwin dengan Awi. Rupa-rupanya Ani pun ada kembar seiras namanya Ana. Kemudian diorang kahwin dan habis cerita.

Terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd dan arahan oleh Prof Hatta Azad Khan, filem bergenre komedi ini turut menampilkan pelakon lain seperti Mat Over, Sabri Yunus, Sathiya, Syanie, Zul Handyblack, Zaibo, Rozita Che Wan, Mazlan Pet Pet dan Hamid Gurkha.

Agak-agak berapa kutipan filem ni boleh dapat ek?




Sunday, 20 February 2011

Entri Pertama

Salam sejahtera,

Selamat bertemu.. Ya aku sedia maklum banyak blog-blog dan laman web yang menyiarkan berita, informasi hatta gosip mengenai industri hiburan tempatan dan luar negara.. Tapi kelahiran satu lagi blog tidak bakal mendatangkan kesusahan kepada mana-mana pihak kan.. Bahkan dapat lebih memeriahkan.. Harap-harapnyalah..

Selamat membaca :)