Wednesday, 27 April 2011

Sazzy Falak Selamat Lahirkan Kembar



Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia Sazzy Falak dan Nazril Idrus yang dikurniakan sepasang cahaya mata pagi ini, yang diberi nama Iman Lilly dan Tiara Rose.. Kemain lagi kan nama.. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Nazril melalui akaun twitternya iaitu @Nash_IdrusLVG pagi tadi yang berbunyi:

AlHamdullilah TQ Allah for sending @SazzyFalakCLPT & I, Two Beautiful babies Iman Lilly & Tiara Rose, born 28th April 2011. Amin


 Lagi istimewa, hari ni jugak adalah hari lahir Nazril.. Happy birthday to you too bro..

Yang bestnya mestilah Sazzy sebab pasni majlis hari jadi boleh buat sekali je untuk tiga-tiga kan.. Tak payah susah-susah nak buat banyak-banyak majlis setahun hehehe..

Apapun, selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa.. Semoga semuanya berjalan lancar :)

Sumber gambar: Limau Ais

Konsert Percuma Super Junior M di Putrajaya 28 Mei


Super Junior M, sub unit kepada Super Junior, boy band dari Korea yang amatlah terkenalnya akan diterbangkan khas ke Malaysia untuk membuat konsert percuma di Putrajaya 28 Mei nanti.. Percuma tahu? Percuma.. Tak perlu mengeluarkan wang pun.. Tapi untuk tambang bas mahupun teksi atau duit minyak tanggung sendirilah ye..

Konsert itu adalah sebahagian daripada program-program sempena Himpunan Sejuta Belia 27-29 Mei ini di Putrajaya.. Selain konsert ada macam-macam lagi program termasuklah Karnival Jom Heboh, Clash of the Band dan hiburan daripada penyanyi-penyanyi tempatan termasuklah Mila, Rabbani dan macam-macam lagilah..

Sementara menunggu kedatangan Super Junior M ni, apa kata korang layan video ni dulu.. Selamat berhibur :B

Tuesday, 26 April 2011

Bila Maroon 5 Jadi Maroom 5

Hahaha kelakarlah Kosmo Online hari ini.. Aku ingat kat Twitter je ada typo typo ni rupanya kat online paper pun ada.. Ada ke dia tulis Maroon 5 jadi Maroom 5.. Tak ke kelakar.. Tak pasti lak aku yang print punya pon sama ke tak.. 

Apapun aku nak kongsi Maroon 5, untuk pertama kalinya, akan datang buat konsert kat Stadium Bukit Jalil Jumaat ni (29 April), sebahagian daripada konsert jelajah diorang untuk promosi album terkini Hands All Over..

Untuk info lanjut sila rujuk laman web prworldwidelive.com. ya..

Sumber berita dan gambar: Kosmo Online

Boleh Makan Free Di Restoran Jon Bon Jovi



Siapa tak kenal Jon Bon Jovi kan.. Kalau tak kenal jugak sila Google sekarang.. Tapi aku bukan nak bercerita pasal keterkenalan Jon Bon Jovi ni.. Kali ni aku nak cerita pasal kemurahan hati beliau.. Dengar khabarnya beliau akan membuka restoran komuniti di New Jersey berdasarkan model bayar-apa-yang-anda-mampu.. Maknanya kalau kau mampu kau bayarlah.. Kalau tak mampu tak payahlah bayar.. Pelahap jelah.. Bagus kan mamat ni..

Agak-agak ada tak artis kat Malaysia ni yang berani buat macam ni??

Sumber berita: Sun2Surf
Sumber gambar: hotslive.com

Tuesday, 12 April 2011

Ameng Dihukum Penjara 8 Tahun, 10 Sebatan



MELAKA, 12 April (Bernama) -- Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan dadah.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.

Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.

Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.

Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan.

Sumber: Bernama
Kredit gambar: ZonArtis

Eh Samalah: Diana Amir vs Nurul Elfira Loy

Kadang-kadang kita tengok ada artis ni pakai baju sama kan.. Tak tahulah diorang pinjam antara diorang ke, ataupun baju sponsor ke.. Tapi tak sedaplah kan bila orang lain dah pakai tup tup artis lain pun pakai gak. Cam kopipes je kan.. Tetambah lak kalo artis lagi sorang tu pakai lebih cantik.. Kan sentap tu nyah..

Jadi kami buat keputusan ada kategori khas entry untuk pelanduk dua serupa ni.. Dan pemangsa pertama adalah:



 Diana Amir di Preview Aku Masih Dara


DAN




Nurul Elfira Loy di Majlis Pengumuman Top 5 ABPBH


Nak ikutkan takdelah cantik mana pon baju ni sampai dua artis nak pakai.. Tapi taktahulah kan.. Selera lain-lain.. So korang rasa siapa lebih berjaya 'membawak' baju ni?


Credit gambar: Bluebuzzportal dan Murai